Koperasi Jual Produk HALAL

Petikan dari laman web PERAK TODAY. http://peraktoday.com/wp/

“Koperasi Maju Seruan (KMS) yang kini menjalankan aktiviti membekal barangan harian termasuk makanan halal berhasrat menjadi pembekal utama produk halal kepada sektor perhotelan Perak.

Koperasi berkenaan dimiliki sepenuhnya oleh Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti dakwah, sosial dan pendidikan sejak 1949.”

_____________________________________________________

Alhamdulillah. Semakin ramai yang sedar akan kepentingan Halalan Toyyiban dalam kehidupan. Bukan setakat makanan, toiletteries, women beauty products dan segalanya mestilah halal. Jadi, setiap hari, rancanglah untuk menjamah hidangan halal, belilah produk halal untuk kegunaan seisi rumah.

Jika di USA, komuniti Islam di sana amat berusaha untuk menyediakan produk halal (baca laman web MUSLIM CONSUMER GROUP di Chicago http://www.muslimconsumergroup.com), mengapa di Malaysia kita meleceh-lecehkan usaha mengembangkan produk halal? Tak mahu support? Jika tuan puan berasa ini satu gimik untuk mendapatkan sedikit wang dari setiap saku orang muslim, anda silap…

Dalam topik lain, saya akan kupaskan sedikit apa yang orang Melayu Islam di Malaysia kebiasaannya makan. Di situ kita lihat berapa banyak yang halalan toyyiban dan berapa banyak yang syak…

Sama-samalah kita menyokong sebarang usaha dari pelbagai pihak untuk menjayakan matlamat MALAYSIA HALALAN TOYYIBAN. Setapak langkah sehari dari setiap muslim, bermakna berjuta langkah berjaya dilaksanakan di Malaysia dalam tempoh sehari. Terpulang kepada kita sahaja sekarang. Berusahalah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: