Membeli Buku Secara Online


Salam. Anda bercadang membeli buku secara online? Sekarang ini banyak syarikat penerbitan dan pusat jualan buku yang memperkenalkan belian secara online.

Ini memudahkan pembaca di seluruh Malaysia dan dunia. Untuk membeli buku secara online ini, anda boleh melayari banyak laman web tempatan dan luar negara.

Untuk kali ini, saya ingin menceritakan tentang kedai buku online tempatan. Ada berbagai cara untuk membeli buku yang anda minati.

Ada cara pembayaran melalui kad kredit atau kad debit (bankcard) atau lebih selamat, bayar melalui perbankan internet. Saya cadangkan anda membeli buku dari laman web yang menawarkan belian secara pembayaran perbankan internet. Ia lebih selamat dan kebarangkalian untuk kad kredit anda disalahgunakan dapat dielakkan.

Lakukan carian di ‘search engine’ untuk mendapatkan capaian ke laman-laman web kedai buku dan periksa dahulu cara pembayaran yang ditawarkan.

Jika anda mempunyai iphone atau ipad, anda boleh muat turun perisian ‘kindle’ dan boleh membeli ebook dari amazon.com

Atau lebih mudah lagi, pergilah ke kedai buku berhampiran dan dapatkan buku kesukaan anda. Anda mungkin terpaksa mengeluarkan belanja untuk minyak kenderaan atau tiket dan wang parkir kereta.

Apa-apa pun cara, bacalah buku. Lagi bagus jika anda boleh membaca buku dari pelbagai bahasa. Selalunya di kedutaan-kedutaan ada perpustakaan mereka sendiri. Lebih banyak buku yang boleh anda baca.

Akhir kata, sokonglah penulis-penulis buku tempatan. Beli dan bacalah hasil tulisan mereka. Saya ada rakan dengan nama pena Sufian Abas (rakan sekelas di sekolah menengah dahulu). Buku beliau bertajuk Kasut Biru Rubina amat mengkagumkan dan mendapat ulasan hebat dari dalam dan luar negara.

Jadi, sudi-sudilah membaca. Membaca itu bukan membuang masa.

Senarai Rumah Perlindungan Anak-Anak Yatim Di Malaysia


Salam. Salam sejahtera. Adakah anda ingin menginfakkan sebahagian pendapatan anda? Alhamdulillah. Berikut ialah laman web yang terdapat senarai rumah anak yatim untuk tuan puan rujuk.

Sila layari: http://rumahanakyatim.com/

Satu lagi, sila layari: http://www.peyatim.org/

Sedekahlah kepada yang masih hidup. Berbuat baiklah sesama insan. Hidup kita pun membilang hari. Setiap hari berlalu bermakna kubur semakin hampir. Apa yang mampu, kita berilah. Jangan dikira balasannya…

Semoga hidup anda lebih bermakna.

Menjadi Seorang Pereka Produk (Product Designer)


Salam. Akhir-akhir ini saya agak tidak berkelapangan untuk menulis post terbaru. Saya cuba juga mencari masa. Kali ini saya ingin menyentuh isu kerjaya. Sebenarnya dari kecil lagi saya amat meminati bidang rekaan industri atau industrial design. Saya gemar melukis kereta. Dah tua-tua ni pun masih suka dengan rekaan kereta.

Dalam melayari dunia pekerjaan, saya sering melihat produk-produk baru datang silih berganti. Bukan sahaja kereta. Apa sahaja. Pergilah ke IKEA atau mana-mana pusat membeli belah, lihat sahaja pelbagai jenis barangan yang didatangkan dalam bentuk yang tidak pernah saya mimpikan.

Ini kerja siapa semua ni? Saya risik sana, browse sini, akhirnya saya berjumpa banyak laman web yang bukan berasal dari Malaysia mengetengahkan berbagai jenis rekaan dari pelbagai kategori. Amat khusyuk saya melayarinya. Sekarang saya yakin di negara ini juga sudah ramai yang menceburi bidang ini dan hidup mewah dengan hasil usaha mereka.

Sebagai contoh hasil kerja yang boleh dilihat di internet, sila lawat: http://www.yankodesign.com

Laman web ini antara yang terbaik saya pernah come accross. Sarat dengan idea-idea baru. Lihat sahaja teknik penghasilan persembahan (presentation) yang canggih seolah-olah amat mudah untuk disediakan. Saya kagum dengan usaha pereka-pereka ini. Mungkin sebahagian dari mereka sudah bergelar lagenda dan seorang jutawan.

Mungkin anak-anak anda yang sudah dan sedang mengambil peperiksaan SPM atau STPM ada menunjukkan minat di dalam bidang ini. Mereka mungkin mengambil kertas PSV (Pendidikan Seni Visual). Sila rujuk: http://apps2.moe.gov.my/lpm/files/kerjakursus/2009PendidikanSeniVisual-2611.3.pdf untuk contoh soalan SPM kertas PSV tahun 2009. Jika mereka lulus cemerlang di dalam peperiksaan ini, adakah anda membenarkan anak anda untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang ini? Ke manakah harus dituju agar mereka dapat mencapai tahap yang membanggakan ibu bapa seperti pereka-pereka di atas?

Sila rujuk ke laman web institusi pengajian berikut atau hubungi mereka secara terus. (Klik untuk besarkan gambar).

Di atas adalah beberapa institusi ipta dan ipts yang menyediakan kursus produk design di Malaysia. Mungkin ada yang lain. Gunakanlah kebijaksanaan anda.

Kepada pelajar yang minat bidang rekaan, cuba selami diri anda sedalam mungkin, adakah bidang graphic design, fashion design, textile design, advertising, multimedia dan berbagai lagi yang ingin anda ceburi? Tanyalah kepada yang berpengalaman di dalam bidang itu. Rujuk kepada yang tahu.

Jangan salah pilih. Pilihlah dengan bijaksana kerana anda akan hidup dengan ilmu anda sehingga akhir hayat. Berpeganglah kepada yang anda minati dan anda akan menyukai karier anda nanti.

Kita lihat kepada kejayaan En. Zull. Banyak produk hasilan syarikat beliau mendapat tempat di negara kita termasuklah yang baru disiarkan di akhbar iaitu kolam ikan air laut. Sila layari laman web beliau: http://www.zulldesign.com.my/

Saya masih ingat semasa zaman kanak-kanak dulu, menonton rekaan beliau iaitu kereta ‘Din Teksi (Peugeot)’ yang boleh bergerak sendiri tanpa pemandu. Hebat geng… meleleh air liur masa tu. Tercengang…

Oklah. Dah panjang dah… Apa-apa pun tepuk dada tanya selera.

Selamat memilih.

Jumlah Masjid Di Malaysia


Salam. Saya telah nyatakan di dalam post sebelum ini iaitu untuk mendapatkan bilangan masjid di Malaysia. Baiklah. Saya telah membuka laman web myMasjid: http://www.mymasjid.com.my

Di dalam laman web ini ada bahagian direktori masjid di Malaysia. Semoga Allah swt memberikan pahala yang besar kepada mereka-mereka yang berjaya mengumpulkan data ini.

Alamat masjid ini juga ada disertakan. Lawatlah ke sana. Jika ada yang berhajat untuk bermusafir, direktori ini sangat handy. Kalau rajin, sebelum memulakan perjalanan, periksa dulu lokasi masjid dengan laman web maps.google.com. Boleh dapat koordinat gps dan memudahkan anda mencarinya. Tapi, di Malaysia ini, kita bertuah sebab ada papantanda yang menunjukkan arah ke masjid. Terima kasih JKR.

Menurut bilangan di dalam direktori ini, jumlah masjid di Malaysia ialah sebanyak 5,005 buah kesemuanya. Jumlah ini mungkin telah bertambah sekarang…

Jika ada purata 50 orang jemaah mengerjakan solat Jumaat bagi setiap masjid. Jumlah jemaah pada hari Jumaat sahaja mencecah 250,250 orang. Ini kiraan purata. (* Saya pasti bilangan sebenarnya mencecah jutaan orang).

Baiklah. Kita cuba pula kira bilangan jemaah pada waktu waktu biasa. Purata jemaah bagi setiap masjid untuk subuh, zohor, asar maghrib dan isya ialah 20 orang bagi setiap masjid. (* Saya pasti lebih dari ini). Maka jumlah untuk setiap waktu itu ialah 100,100 orang di seluruh Malaysia. Amat sedikit berbanding jumlah rakyat yang beragama Islam di sini. Adakah ini menandakan bahawa institusi masjid telah gagal menjadi pusat kegiatan ummah? Atau umat Islam di Malaysia menganggap masjid itu hanya untuk orang lain mengimarahkannya dan mengecualikan diri dari turut serta?

Baiklah. Cuba kita fikirkan jumlah umat Islam (sahaja) yang berada di Pusat Membeli Belah One Utama dari waktu ia memulakan perniagaan hinggalah waktu tamatnya iaitu pukul 10 malam setiap hari. Agak-agak berapa ramai? Berapa lama pula bagi setiap pengunjung OU ini menghabiskan masa di sana? 1 jam, 2 jam atau sehari suntuk?

Jadi secara logik, mana lebih berjaya memujuk manusia untuk turut serta di dalam aktivitinya? Masjid atau Pusat Membeli Belah? Mungkin selepas ini, ceramah dan kuliah agama juga boleh diadakan di pusat membeli belah ya…

Fikir-fikirkanlah. Semoga umat Islam akan bangun semula dan menjadikan masjid sebagai parlimen setiap kawasan dan setiap aktiviti sekitarnya dirancang dan dipelopor oleh pengunjung masjid.

Allah yang Maha Mengetahui.

Suka-suka Sahaja Ni…


Salam. Hari ini saya berasa nak bilang berapa banyak mesjid sebenarnya di Malaysia ni. Saya akan cuba mencari sumbernya dan akan meletakkan bilangannya di dalam post saya. Kalau tuan puan tahu, bolehlah berkongsi dengan saya. Lepas dah tahu bilangannya, saya akan cuba cari alamatnya dan gps lokasi. InsyaAllah, kalau diizinkan Allah swt, saya akan cari pula berapa jumlah surau yang ada. Hendak saya nyatakan di sini, bukanlah bilangan atau jumlah yang saya nak agung-agungkan, cuma saya ingin sekali berkongsi data dan lihat kawasan mana yang kurang bilangan masjidnya.

Kekuatan Islam itu bukan kepada bilangan masjid yang ada tetapi berapa kukuh iman dan amal seseorang itu.

Menyokong Perniagaan Sahabat Muslim


Salam. Pada hari ini, ramai umat muslim di Malaysia sudah sedar akan tuntutan berniaga seperti yang dilaung-laungkan di dalam Al Quran. Surah 4 An-Nisa: 29. Ramai sahabat sahabat yang sedang berusaha setiap waktu untuk memajukan perniagaan mereka dengan harapan yang menggunung iaitu dimurahkan rezeki oleh Allah swt dan diterima perniagaan mereka sebagai amal ibadah yang mulia di sisiNya.

Ada yang berniaga besar-besaran dan tak kurang juga secara kecil-kecilan. Apa jua usaha yang dilakukan, harapan saya biarlah ia halal dari segenap sudut.

Baiklah, setelah agak lama tidak mengemaskini blog saya. Hari ini saya ingin menyampaikan hasrat dua sahabat saya yang sedang giat mencari pelanggan.

Sahabat pertama menawarkan khidmat renovasi bangunan rumah dan pejabat, bermula dari lukisan konsep kasar hinggalah kepada pembinaannya. Beliau amat berpengetahuan dan berpengalaman serta harga yang diberi juga berpatutan.

Nama syarikat:
Ideartworks Sdn Bhd
(Hubungi beliau di talian 0193303190 – En. Alwi)

—————————————————————————————–

Sahabat kedua membuka syarikat agensi pelancongan. Jika anda ada rancangan untuk melancong dan memerlukan khidmat agensi yang baik, sila hubungi syarikat beliau.

Nama syarikat:
WSF Travel & Tours Sdn Bhd

Alamat syarikat:
Suite 14B-2,
Jalan SM 4,
Taman Sunway Batu Caves,
68100 Batu Caves, Selangor.

Tel: 0361855218  Faks: 0361855219

————————————————————————————————

Maaf, saya tidak memberikan alamat email mereka secara terbuka kerana saya faham benar tentang karenah blog di internet ni. Ramai yang hantar spam mail minta bantuan nak pindahkan wang jutaan dollar konon.

Itulah manusia. Allah bagi kemudahan, ada yang masih mencari yang tak bersih di sekitar kemudahan yang ada. Dah tahu internet mampu menghubungkan ramai manusia yang kita kenal dan tidak, gunakanlah dengan penuh hikmah. Bukan untuk menipu.

Itulah kesannya bila di dalam dada manusia sekarang tidak lagi ada perasaan taqwa (takut kepada pencipta). Tidak kira agama apa pun. Orang yang gemar menipu ini merasakan hidup di dunia ini adalah selamat dari genggaman yang Maha Kuasa. Tak ada lagi terdetik di dalam hati bahawa perbuatan buruk akan dibalas buruk. Yang nampak hanya keselesaan peribadi dan keseronokan sementara.

Baiklah. saya akan berusaha mencari lebih banyak lagi senarai usahawan muslim dan sedaya upaya mencuba untuk menghasilkan direktori perniagaan muslim untuk panduan tuan puan adik kakak.

Semoga Allah swt memberikan petunjuk. Amin

Learn More Languages


Salaam. In todays demanding world, understanding more than your native tongue are positively encourage. Learning more languages means having more life skills and reaching better acceptance in the globalization world. I have a dream that one of my sons willing to learn as many language as he can and become good at them. If he will become a leader one day, I can imagine him travelling all over the world to give his speech to others in languages that are easily understandable by them.

So, where to start? I made a simple research over the internet and found a few well known language establishments that can help him to kick start his journey into the beautiful world of languages.

To Learn Japanese, Do contact The Japan Foundation KL: www.jfkl.org.my

To learn French, please browse: http://kl.alliancefrancaise.org.my/

To learn Korean, please browse: http://www.language-school-teachers.com/default.asp?selx6=31&selCountry=59

Learning Germany, do point your cursor to: http://www.goethe.de/ins/my/kua/lrn/deu/enindex.htm or

A school in KL: German School of Kuala Lumpur (DSKL) http://www.dskl.edu.my/

To learn Mandarin, please browse: http://learn-mandarin-lesson.com/ or

Global Hanyu & Culture College (GHCC): http://www.globalhanyu.com/msia/index.html

To learn Arabic, http://kelasquran.blogspot.com/2007_11_01_archive.html

(Most muslim children in Malaysia who attend KAFA will learn the Arabic Language subject. So, it’s not much of a problem to find a tuition centre for that purpose. You just need to encourage your children to learn it systematically in order to achieve the best result.)

To learn Tamil or Hindi, please browse: http://www.language-school-teachers.com/default.asp?txtCity=Kuala+Lumpur&selCountry=59&selX6=45 (same webpage as teachers for korean language)

Best of all, you can browse this webpage: http://www.conversationexchange.com/search.php to learn any language if there is anyone available around your area.

Previous Older Entries Next Newer Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.