Membeli Buku Secara Online


Salam. Anda bercadang membeli buku secara online? Sekarang ini banyak syarikat penerbitan dan pusat jualan buku yang memperkenalkan belian secara online.

Ini memudahkan pembaca di seluruh Malaysia dan dunia. Untuk membeli buku secara online ini, anda boleh melayari banyak laman web tempatan dan luar negara.

Untuk kali ini, saya ingin menceritakan tentang kedai buku online tempatan. Ada berbagai cara untuk membeli buku yang anda minati.

Ada cara pembayaran melalui kad kredit atau kad debit (bankcard) atau lebih selamat, bayar melalui perbankan internet. Saya cadangkan anda membeli buku dari laman web yang menawarkan belian secara pembayaran perbankan internet. Ia lebih selamat dan kebarangkalian untuk kad kredit anda disalahgunakan dapat dielakkan.

Lakukan carian di ‘search engine’ untuk mendapatkan capaian ke laman-laman web kedai buku dan periksa dahulu cara pembayaran yang ditawarkan.

Jika anda mempunyai iphone atau ipad, anda boleh muat turun perisian ‘kindle’ dan boleh membeli ebook dari amazon.com

Atau lebih mudah lagi, pergilah ke kedai buku berhampiran dan dapatkan buku kesukaan anda. Anda mungkin terpaksa mengeluarkan belanja untuk minyak kenderaan atau tiket dan wang parkir kereta.

Apa-apa pun cara, bacalah buku. Lagi bagus jika anda boleh membaca buku dari pelbagai bahasa. Selalunya di kedutaan-kedutaan ada perpustakaan mereka sendiri. Lebih banyak buku yang boleh anda baca.

Akhir kata, sokonglah penulis-penulis buku tempatan. Beli dan bacalah hasil tulisan mereka. Saya ada rakan dengan nama pena Sufian Abas (rakan sekelas di sekolah menengah dahulu). Buku beliau bertajuk Kasut Biru Rubina amat mengkagumkan dan mendapat ulasan hebat dari dalam dan luar negara.

Jadi, sudi-sudilah membaca. Membaca itu bukan membuang masa.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.