Anak-anak

Salam.

Anak-anak zaman sekarang terdedah kepada banyak unsur positif dan negatif. Di dalam rumah dan di luar. Bersama keluarga atau rakan-rakan.

Kasihan mereka. Mencari panduan untuk membesar. Ada yang Allah swt bentangkan jalan yang lurus. Tidak kurang juga yang tersasar.

Aku sebagai ayah dan ketua keluarga, seringkali diingatkan untuk membentuk anak-anak mengikut sahsiah Rasulullah saw. Adakah cara didikan aku betul atau tidak? Adakah aku ayah yang membiarkan anak-anak membesar sendiri tanpa menyuluh jalan kepada kebenaran?

Seringkali aku muhasabah sekiranya dua boys yang sering mengikut telunjuk aku akan membesar sebagai insan yang kamil. Adakah sudah cukup apa yang ku berikan sekarang?

Banyak persoalan. Tapi Islam sudah menggariskan panduan. Tinggal aku sahaja yang mahu menjelaskan itu kepada anak-anak dan menjadikan ia sebagai budaya hidup.

Ingatlah. Hidup di dunia tidak lama. Zaman sekarang, pukul rata hanya 60 tahun plus plus. Hidup di alam barzakh lebih lama. Jika dihitung mengikut waktu dunia, ada yang sudah jutaan tahun di alam barzakh. Ada yang sudah ribuan, ratusan dan ada yang baru-baru ini sahaja dijemput ke sana.

Ini alam yang tidak lagi boleh kita perbaiki kecuali 3 perkara. Ramai yang tahu tentang itu. Umur, harta dan doa keturunan kita.

Jadi, berubahlah kepada suruhan Allah swt dan tinggalkan larangannya. InsyaAllah, hidup dunia juga tenang dan di alam barzakh tidak akan disiksa.

Wahai anak-anakku, turutilah 5 rukun Islam dan 6 rukun iman. Itulah asas hidup seharian di dunia. Tiada yang lebih mulia dari itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: