Laman Web Selamat Untuk Kanak-kanak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya seringkali meninjau laman web yang dikunjungi oleh anak lelaki saya berusia tujuh tahun. Ya… tujuh tahun dan sudah pandai mencari apa yang dia mahu. Saya boleh kategorikan kepada beberapa bahagian:

1. Permainan online

2. You tube

3. Laman web komik dan kartun

4. Laman web sukan

5. Laman web pendidikan

6. Lain-lain

Laman web hiburan amat jarang dikunjungi. Alhamdulillah. Biarlah ia berlanjutan sehingga dewasa. Tetapi, suatu hari nanti mana kita tahu.

Dalam pencarian dia ke laman-laman web tersebut, adakala ternampak gambar-gambar dan grafik yang kurang enak. Walaupun sudah ditapis dan diperketatkan security features, ada laman web yang tetap tembus.

Jadi, sebagai bapa, saya tidak mahu anak saya ketinggalan di dalam kecanggihan IT dan pada masa yang sama tidak mahu dia terbabit dengan perkara tidak sihat. Ini membuatkan saya berusaha mengumpul dan menapis seberapa banyak laman web dan meletakkan laman-laman web yang sesuai di dalam satu bookmark khusus untuk dia.

Tetapi, semakin bertambah usia, minatnya semakin bertukar. Dari simple flash games, sekarang dia mencari GTA. Tak payah sebut yang lain, game GTA ini sahaja sudah tidak elok untuk mereka. Mengajar menjadi pencuri. Mengajar menjadi kurang ajar dsbg.

Dia menonton sinopsis dan tutorial GTA di youtube. Saya sudah mula menyekat GTA di setting filter. Tetap terlepas juga. Akhirnya, saya menggunakan web browser untuk kanak-kanak dan dia merampus seharian. Abah terpaksa sayang oii. Nanti kamu tahu apa sebabnya.

Baiklah, berpatah kepada tajuk. Blog saya yang berikut akan saya senaraikan laman-laman web yang sesuai mengikut ketegori (pada saya) dan berharap ia mendatangkan faedah kepada anda. Ia juga secara tidak langsung menunjukkan bahawa amat kurang laman web untuk kanak-kanak yang dihasilkan di Malaysia oleh rakyat Malaysia.

Kebergantungan kita kepada laman web dari luar Malaysia boleh menyebabkan anak-anak kita kehilangan identiti dan pertukaran tingkahlaku. Fikir-fikirlah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: