Kurangnya Laman Web Kanak-kanak Malaysia

Salam Ikhwan.

Jika dicari menggunakan apa sahaja search engine. Cukup sukar untuk berjumpa laman web dari Malaysia yang berkualiti dan berintegriti untuk kanak-kanak berkunjung. Tidak kira apa bahasa sekalipun. Yang banyak, laman web nak jual macam-macam kepada ibu bapa.

Saya bukan seorang web designer tetapi saya cuba mencipta yang terbaik untuk anak-anak saya. Sekarang ini saya bergantung kepada web browser yang direka oleh bukan rakyat Malaysia . Saya sedang menunggu jika ada rakyat Malaysia yang menyahut cabaran untuk menyediakan web browser kanak-kanak khusus dicipta untuk Malaysia. Bersih dan halal serta berkhasiat untuk minda anak-anak.

Laman web pun tak banyak. Rasanya orang Malaysia lebih gemar mereka laman web dan blog untuk personal ranting atau internet marketing business. Sekarang ni rasanya anak-anak kita habiskan lebih masa melunsuri internet dari kita sendiri dalam tempoh sebulan.

Cukup susah nak cari laman web mengajar mengaji, soal jawab, pendidikan, tutorial, Islam dan sebagainya. Hanya ada beberapa sahaja dan dipelopori oleh syarikat-syarikat ternama.

Berbilion laman web direka dan tersedia di internet dan berjuta-juta yang baru, muncul setiap hari, berapa banyak laman web ini adalah untuk kanak-kanak dan membina minda mereka? Saya tahu, satu hari saya akan mati dan generasi akan bertukar. Jika generasi baru tidak diluruskan dari awal, maka bengkang bengkoklah masyarakat di kemudian hari.

Jika kita lihat, internet berkembang di negara kita pada pertengahan tahun 90-an. Katalah 1995. Sekarang 2010. Baru 15 tahun (usia akhil baligh) dan dah macam-macam perubahan positif dan negatif merangkul rakyat Malaysia.

Pada saya, cukuplah 15 tahun mencuba dan tersilap. Sekarang hentikan itu semua, lancarkan semula internet dalam bentuk yang berfaedah dan bersih dari unsur negatif. Betultak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: