Bahasa Arab

Salam. Adakah anda pernah melalui pengalaman seperti berikut: Anak anda hendak menduduki ujian bahasa arab atau mandarin atau bahasa-bahasa lain yang anda tak tahu? Apakah usaha atau inisiatif anda sendiri untuk membantu anak anda?

Anak saya baru tahun 1 dan hendak menduduki ujian akhir tahun bahasa arab. Saya tak pandai berbahasa arab tetapi melihat kepada gambar di buku, tahulah saya apa makna perkataan arab itu.

Bila tiba ayat-ayat yang tidak bergambar, mati kutu weh. Saya berfikir, kita baca Al Quran dari kecil sampai mati, makna ayat yang kita baca pun tak tau. Allah yang maha kuasa pula mendengar semua doa tak kira apa bahasa dibaca. Tak ada effort ke sebagai hamba Allah untuk faham makna Al Quran tuh. Aduui.

Saya pernah ke mekah mengerjakan umrah. Saya rasa malu juga sebab bila baca quran di masjidil haram, ada pak arab tegur cakap arab kat saya, saya tak faham. Berkerut dahi dia. Agaknya dia sedang berfikir, “apa ini orang, baca AlQuran siap jaga panjang pendek, dengung suma kasi jaga. Itu makna tak da tau… banyak lemah mental la dia ni.”

Jadi, saya ambil pendekatan internet. Hah! internet lagi… (maklumlah, saya ni sedikit cheapskate). Dalam internet saya jumpa dua laman web yang agak sesuai untuk faham bahasa arab.

Laman-laman tersebut ialah:

1. http://www.stars21.com/dictionary/English-Arabic_dictionary.html

 

2.http://www.kamusarab.com/

Jadi, bila saya tak faham frasa arab, saya cuba taip ke dalam komputer menggunakan laman web yang pertama dan cari maknanya. Kalau dari bahasa Melayu atau English, saya gunakan yang kedua.

Cubalah, anak belajar, ibubapa juga belajar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: