Musim peperiksaan

Salam. Hujung-hujung tahun ni memang mencabar untuk anak-anak kita. Ada yang menduduki upsr, pmr, spm dan tak kurang juga yang sedang bertungkus lumus di kolej dan universiti. Tak kurang juga yang sudah, sedang dan bakal menghadapi peperiksaan akhir tahun.

Bagaimana anak anda?

Saya selalu menekankan kepada anak saya, peperiksaan adalah untuk menguji sama ada dia faham atau tidak apa yang dipelajari. Bukan untuk menyusahkan dia. Anak-anak sekarang pandai merungut bila berhadapan dengan keadaan ‘terpaksa’. Terpaksa membaca & mengulangkaji. Zaman saya kanak-kanak dulu, rasanya tak berani pun nak merungut depan ibu bapa bila disuruh (ada rotan gantung kat frame tingkap tu oii).

Senario di atas berlaku bila timbul rasa kurang ikhlas untuk berbuat sesuatu. Jadi, kita mesti berbuat sesuatu agar anak kita lebih ikhlas dan berasa seronok bila disuakan dengan suatu arahan atau tugas. Dalam konteks ini, ramai yang menggunakan kaedah imbuhan (kadang-kadang dah macam bribe) yang samar-samar keberkesanannya. Bila dapat markah bagus nanti, ibu atau bapa berjanji akan belikan apa yang diminta. Jangan… nanti bila dah besar, setiap kerja disuruh mesti disertakan imbuhan… jauhkan diri dari mengajar anak untuk meminta-minta.

Carilah dan bacalah tips-tips dari pelbagai sumber tentang pembangunan sahsiah anak-anak. Praktikkan ia. Pada saya, langkah paling asas dalam hidup anak-anak ialah membantu dia melaksanakan aturcara hidup seharian dengan betul. Tiada waktu yang sia-sia termasuklah waktu berehat.

Minda anak-anak lebih aktif dari minda ibu bapa. Isikan dia dengan perkara yang betul dan membantu dia menyukainya.

Semoga hari anda lebih ceria dan berfaedah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: