Terlalu Sibuk Untuk Al-Quran?

Assalamualaikum.

Adakah kita terlalu sibuk? Sibuk dengan apa yang ada di sekeliling kita? Tiada masa membaca Al-Quran? Sukar membawa Al-Quran yang tebal? Bagaimana pula dengan membaca terjemahannya? Sudah dibaca?

Untuk memudahkan kita semua di mana-mana sahaja dan secara percuma, sila lunsuri laman web:

http://www.quranexplorer.com

Laman web ini diasaskan oleh Hidaya Foundation beralamat di  1765 Scott Blvd, Suite 115, Santa Clara, CA 95050.

Ada link untuk Al Quran online di sebelah kiri. Laman web baru akan muncul seperti di bawah:

Download font untuk tulisan Arab dan tempatkan font tersebut ke dalam font folder di dalam Control Panel. Pilih surah yang dikehendaki, pilih resam Usmani yang digunapakai di Malaysia. Pilih terjemahan di dalam bahasa Melayu (Malaysia). Pilih reciter yang dikehendaki. Saya sering mendengar bacaan oleh Mishari-Rashid. Tekan butang play di bahagian bawah. Laman web ini adalah yang paling stabil dan jarang terhenti-henti.

Bila mendengar bacaan, bacalah juga terjemahannya. Saya orang Malaysia, masa kecil tak pegi sekolah Arab. Tak tahu bercakap bahasa Arab. Jadi, terjemahan ke bahasa yang difahami adalah amat mustahak.

Jika anda tekan butang log in, anda akan bertemu dengan pop-up pendaftaran. Kemudian bertemu pop-up untuk tempoh bila agaknya kita boleh khatam. Setkanlah tarikh yang diingini.

Oh ya! Jangan lupa hidupkan pembesar suara. Untuk terjemahan di dalam bahasa Inggeris, audio disertakan sekali. (For English Translation, audio is available).

Bacalah Al-Quran. Untuk Kesejahteraan Hidup Di Dunia, Alam Barzakh dan Akhirat.

Jika anda ada bertemu laman Al-Quran yang lebih baik dan berasal dari Malaysia, sila maklumkan kepada saya. Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: