Dapatkan Info Di JAKIM

Salam.  Berikut ialah sejarah JAKIM:

SEJARAH JAKIM

Pada tahun 1968, persidangan Majlis Raja-Raja Malaysia telah memutuskan bahawa perlunya suatu badan bagi menggembleng usaha pembangunan dan kemajuan umat Islam di Malaysia, selaras dengan taraf negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang semakin kukuh serta mendapat perhatian dunia antarabangsa.
Menyedari hakikat itu, satu urusetia kepada Majlis Kebangsaan Hal-Ehwal Ugama Islam Malaysia telah ditubuhkan, bagi memelihara kesucian akidah dan ajaran Islam. Urusetia ini kemudiannya telah dikembangkan sebagai Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri yang kemudiannya dinaikkan taraf sekali lagi menjadi Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).

Pada 1 Januari 1997, selaras dengan pembangunan dan kemajuan Islam yang bertambah mantap di negara ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia sebagai mengambil alih kuasa dan peranan (BAHEIS).

FUNGSI JAKIM

Sebagai sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal islam di peringkat persekutuan serta urus setia kepada majlis kebangsaan bagi hal ehwal agama islam Malaysia (MKI), maka jakim melaksanakan tiga (3) fungsi utama berikut:

FUNGSI 1: PENGGUBALAN DAN PENYERAGAMAN UNDANG-UNDANG SYARAK

FUNGSI 2: PENYELARASAN PENTADBIRAN ISLAM

FUNGSI 3: PENYELARASAN DAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM

(Maklumat lanjut di laman web rasmi JAKIM: http://www.islam.gov.my)


Kepada sahabat-sahabat yang ingin mendapatkan info terkini, perundangan Islam di Malaysia dan soal jawab, silalah ke sana. Semoga Allah swt memberi kita kefahaman yang lebih. AMIN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: