Nak Porno atau Tidak? Itu Soal Hati?

Salam.

Anda risau? Risaukan anak remaja anda di rumah pada masa ini? Apa yang dibuat di rumah? Makan ke atau tidak? Sedang menonton TV ke atau melunsuri internet?

Ah! Angkat telefon dan dail nombor rumah. Ha! Berjawab. Lega hati. Tanya anak buat apa tu? Adele… kata si anak. Letak telefon, telefon pula no. jiran. Bibik angkat. Tanya kat bibik, anak saya balik berapa orang? Bibik ketawa. Anak remaja ada seorang, seorang sajalah yang balik. Gelak bibik.

Hati pun berasa lega. Balik ke rumah, anak sedang menonton tv. Dah buat macam-macam kerja rumah, nak rehatlah sekejap. Hidupkan pc dan buka browser. Tengok history. Apa ni? Tekan link…. sunyi sekejap….

Ya ALLAH! Apa benda ni? Tak tau malu. Lembu pun tahu tutup kemaluan dengan ekor.

—————————————————————————————————————

Ha! Mula-mula si bapalah yang kena leter. Puas si bapa tak mengaku. Sampai ugut mengugut. Lepas tu, dua-dua pandang kat anak remaja sorang yang sedang menonton tv dengan adik-beradiknya.

Ya tuan puan. Kalau keadaan ini terjadi di dalam keluarga, apa tindakan anda? Biarkan atau Pulihkan?

Porno ini merupakan satu ketagihan. Bacalah laman web http://www.shelleylubben.com/confession-former-porn-addict

Thank you to whomever produce the above graphic. Maaflah, tak ada statistik di Malaysia. Kalau tak ,gambar church tu boleh tukar gambar masjid kut… orang Malaysia baik-baik…

Sudah adakah kempen besar-besaran oleh kerajaan untuk menghapuskan porno sama seperti kempen anti rokok? Rasanya belum. Oleh itu, kempen di dalam keluarga adalah lebih baik diutamakan.

Saya sering guna beberapa baris ayat untuk memberi kesedaran tentang apa jua.

“Hidup di bumi tidak lama. Mungkin tak sampai 60 tahun. Di alam barzakh entah beribu tahun, entah berjuta tahun. Hidup di akhirat kekal selamanya. Selepas bumi, sudah tidak boleh memilih lagi. Di alam barzakh, antara seksa dan ketenangan. Di akhirat, antara syurga dan neraka. Nak masuk salah satu, di bumi inilah waktu untuk memilihnya.”

Hari-hari tanamkan ke  dalam hati anak-anak dan kita juga. Semoga kita sekeluarga boleh merubah landasan ke jalan yang menuju ketenangan dan syurga. MasyaAllah.

1 Comment (+add yours?)

  1. KetupatOS
    Mar 23, 2011 @ 02:46:52

    man.., kau dah baik skg kan man..,

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: