Remaja Dah Dewasa?

Salam. Semalam (19 Oktober 2010), saya membaca akhbar New Straits Times sambil bersarapan. Sedang enak makan, mata saya tertumpu ke muka hadapan bahagian Streets. Tajuknya “TEEN TERRORS”. Tajuk kecil memberikan gambaran remaja ganas mengganggu para peniaga, penduduk dan orang ramai di Bukit Bintang. Paling tidak seronok ialah gambar anak-anak Melayu (walaupun bahagian mata dipixelkan) yang saya rasa beragama Islam sedang melepak.

Di bahagian sebaliknya, ada satu mukasurat penuh laporan tentangnya.

Laporan ini juga memetik rungutan pengurus restoran makanan segera yang memberitahu ada kalangan remaja ini masuk ke dalam restoran dan dengan selamba mengambil makanan yang sedang dimakan oleh pelanggan. Sesetengahnya pula makan sisa yang ditinggalkan.

Baiklah, kita faham kehendak remaja untuk berhibur, bersantai, menjadi popular, banyak duit dan yang paling seronok… BEBAS! “I’ve grown up ok! Don’t tell me what to do!” Cam biasa tonton kat TV mat tak soleh.

Hakikatnya, inilah rupa sebahagian dari remaja sekarang. Tak kira di mana, negara mana sekalipun.

JADI, macam mana boleh jadi begini dan bagaimana pula cara untuk merubahnya?

SOALAN macam ini patut ditanya kepada diri kita sendiri dan penyelesaiannya juga patut kita yang mulakan.

Lain kali saya sambung topik ini. Saya sedang fikirkan apa cara penyelesaian yang b0leh dimulakan.

1 Comment (+add yours?)

  1. KetupatOS
    Mar 23, 2011 @ 05:29:15

    sib baik anak didik en bujang tak jadik mcm tu man.., kan kan kan

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: