Berjinak-jinak Dengan Animasi

Salam. Adakah anak anda menunjukkan kreativiti yang tinggi? Bagus. Kepada ibu bapa, peralatan mewarna seperti pensel warna, crayon, berus dan cat air, pen marker dan sebagainya mulalah diletakkan di tempat tinggi. Selalunya bagi kanak-kanak, kertas tidak cukup besar. Dinding, pintu, skrin tv dan pc serta pelbagai lagi ruang akan menjadi kanvas mereka.

Tak apa… boleh cuci. Biarkan mereka meneroka dunia fantasi.

Untuk yang sudah pandai menatap skrin pc, ada ruang istimewa untuk berkarya. Saya sudah mencuba, anak saya juga sudah mencuba. Nampaknya amat sesuai sekali untuk mereka memahami proses menjana animasi. Mudah dan tidak mengotorkan rumah anda.

Masuk ke laman web http://www.miniclip.com dan pilih tab sketchstar. Untuk yang menggunakan browser ‘kidzui’, sila simpankan laman ini ke dalam ‘my favourites’. Senang nak cari semula.

Tekan butang start dan adik-adik akan dibawa ke laman yang baru lengkap dengan peralatan untuk memulakan animasi anda. Ingat, animasi sentiasa bermula dengan lukisan statik (yang tidak bergerak) seperti adik-adik melukis gambar orang di sekolah.

Mulakan melukis dengan objek yang paling senang. Bulatan, segiempat, garisan dan sebagainya. Lihat contoh di bawah:

Setelah itu, adik boleh memilih untuk memulakan halaman baru ataupun salin semula laman asal dan lakukan perubahan yang dikehendaki. Saya rasa, adik-adik boleh meminta ibu dan ayah membantu. Saya menggunakan kaedah salin dan lakukan perubahan.

Sebagai maklumat, untuk tayangan selama satu saat, biasanya pereka animasi akan melukis sebanyak 15 keping gambar. Barulah gerakannya normal. Adik boleh melukis sebanyak mana yang adik mahu dan boleh di’save’kan. Tekan tab save & new.

Di sketchstar ini, adik-adik boleh melihat hasil karya penggunanya. Ada yang menarik, ada yang ala kadar seperti yang pakcik buat ni.

Cubalah laman web sketchstar ini. Ia boleh digunakan secara percuma tetapi dengan had tertentu atau adik boleh meminta ibu bapa mendaftar dan melakukan sedikit pembayaran dan adik boleh menggunakan semua fungsi yang ada.

Jangan cakap tak boleh atau malas. Ia sudah cukup mudah. Banyak lagi perisian animasi di dalam internet tetapi memerlukan masa yang panjang untuk belajar. Mulalah kerjaya adik-adik dengan sketchstar dahulu. Bila sudah mahir, boleh mengambil kursus yang tertentu di universiti atau kolej. Adik boleh kerja dengan syarikat tv. Kalau excellent, boleh mohon kerja dengan dreamworks atau industrial light & magic (lucasfilm – ala…. cerita star wars tu…). Ataupun adik boleh bekerja dengan syarikat arkitek dan sebagainya.

Jika adik suka menonton rancangan kartun, animasi ataupun tayangan wayang seperti avatar, upin-ipin, ironman, manga dan sebagainya, bayangkan bagaimana pereka animasi menyudahkan setiap episod atau wayang itu.

Mulakanlah setapak demi setapak. Semoga adik-adik berjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: