Anak-anak Suka Menangkap Gambar?

Salam. Hai! Topik ini selalu berlaku dan berapa kali kita ibu bapa melihat ini sebagai peluang untuk berkarya bersama anak-anak kita.

Saya hanya ada sebuah kamera digital yang common. Bukan SLR. Biasa saja.

Setiap kali menangkap gambar anak-anak, berkejaran mereka mendapatkan saya untuk melihat hasil shoot di skrin LCD kamera. Saya pernah menangkap gambar mereka menggunakan kamera berfilem. Anak yang kecil asyik menunjukkan mimik tidak puas hati kerana tidak dapat melihat hasilnya sekejap itu juga.

OK. Barangkali bagi ibu bapa yang ada kamera SLR tu, mesti tak berapa izin jika anak hendak menggunakannya. Kamera digital biasa tak pe kot…

Alangkah baiknya jika kecil-kecil lagi anak-anak ini sudah ditanam minat dengan aktiviti sihat seperti fotografi ini. Banyak laman web, buku-buku dan majalah berorientasikan kanak-kanak akan mengandungi lukisan dan foto. Kebanyakannya dari persepsi seorang dewasa kepada kanak-kanak. Apa salahnya jika anak-anak juga diberi peluang, diasuh dan diajar tentang ilmu fotografi ini.

Ini life skill. Seperti juga berenang, ia perlu dipelajari. Hasil fotografi yang cantik akan mendatangkan kepuasan dan juga mana tahu…. duit yang banyak.

Ada beberapa laman web yang boleh menjadi rujukan tuan puan dan adik-adik.

1. http://www.digital-photography-school.com/13-lessons-to-teach-your-child-about-digital-photography

Laman web ini membekalkan ilmu kepada anak-anak anda tentang teknik, komposisi, peraturan dan mendapatkan hasil yang baik. Biarkan anak anda melakukan eksperimen. Anda tunjuk ajarkan teknik yang betul dan lihat sahaja hasilnya.

2. http://photocritic.org/teaching-photography-to-children/

Laman web ini memberitahu anda perkara-perkara asas yang anda dan anak anda perlu tahu untuk mendapatkan gambar yang dikehendaki dalam komposisi dan warna yang menarik.

3. http://www.betterphoto.com/exploring/tips.asp

Kandungan di laman web ini sungguh mudah untuk difahami kerana ia menunjukkan perbandingan gambar yang tidak mengikut tips dan gambar yang mengikut tips yang diberikan. Mudah untuk dipelajari dan diajarkan kepada anak anda.

4. http://www.kodak.com/global/en/corp/top10tips/index.jhtml

Ah! Sebuah syarikat berorientasikan fotografi… Tentulah tips yang diberikan juga bagus.

Sebagai kesimpulan. Berapa ramaikah anak-anak (Melayu) yang mahir dalam bidang fotografi menjelang usia 10 tahun? Apatah lagi bidang videografi dan perfileman. Benar… bukan semua orang minat. Tetapi, ia menunjukkan tahap keseriusan kita terhadap ilmu dan sahsiah anak-anak kita. Setakat boleh-boleh sahaja belum boleh dikira.  Begitu juga dalam dunia penciptaan. Kiranya pada saya fotografi juga seperti penciptaan. Menghasilkan sesuatu yang indah dari ‘zero’.

Wallahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: