Aktiviti Cuti Sekolah

Salam. Saya masih ingat sewaktu kecil dulu. Bila tiba cuti sekolah, pelbagai aktiviti yang dilakukan.

1. Memancing di sungai. (Oh! Kampung saya ada tiga batang sungai… pilih saja yang mana suka).
2. Lawan combat (Senapang kayu berpeluru terung berembang).
3. Perlawanan gasing (Gasing diperbuat dari dahan pokok limau paling keras).
4. Layang-layang (Diperbuat dari halaman buku tulis yang tak pakai dah).
5. Hoki buah jambu (Kayu hoki dari dahan pokok jati, bola dari buah jambu muda).
6. Tanam jagung dan kacang tanah.
7. Naik basikal pusing-pusing kampung.
8. DAN MACAM-MACAM LAGI….

Hah… senang kata, tak adalah tersangkut kat tv. Masa tu pun cerita tv tak seronok. Yang ada Super Tempe, Man from Atlantis, Six Million Dollar Man… semuanya malam.

Lepas tu tv 3 muncul, dah ramai yang jarang keluar rumah. Masa tu saya dah tinggal di asrama dah. TV tak ada, radio pun tak ada. Sekarang ni dah ada Astro dan internet 247 dan 365 hari setahun. Lagi-lagi pula rancangan tv untuk cuti sekolah ni sambung menyambung.

Jadi, anak-anak jangan dibiarkan asyik dengan tv. Tenaga mereka perlu dilepaskan sebelum mereka tidur. Carilah taman berdekatan anda dan lakukanlah aktiviti bersama. Bermain bola, berbasikal, berlari, memanjat, mendaki, berjalan, bersenam, bermain layang-layang (tmn metropolitan, sebelah mrr2, kepong), bermain paintball, bersilat, karate-do, taekwondo, capieora, aikido, berkebun, berjimnastik, berenang dan banyak lagi.

(Gambar contoh – Festival Layang-Layang di Vietnam)

Kalau hari hujan, bersenam bersama anak-anak di rumah, ajar mereka bersilat (silat gayung, silat cekak, silat lincah dsb), ajar tai chi dan macam-macam teknik untuk mengeluarkan peluh dan menghabiskan tenaga anak-anak ini.

(Gambar contoh: Kanak-kanak NEPAL belajar silat di Kathmandu)

Mereka akan lebih fokus pada waktu belajar di sebelah malam. Tidak hyper dan tidak hypo.

Lakukan hari-hari. Anda sihat, keluarga pun sihat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: