Belajar Berbahasa Mandarin

Salam. Jiran atau rakan anda berketurunan Cina? Pernahkah mereka berbual dengan anda dan tiba-tiba dia berbahasa Mandarin/ Kantonis sesama mereka di hadapan anda juga. Pada orang Melayu atau Jawa, perbuatan begitu amatlah kurang ajar. Serupa juga berbisik di hadapan anda.

Inilah kesilapan sistem pendidikan kita dahulu. Orang Melayu tidak diwajibkan untuk belajar bahasa-bahasa lain kecuali English. Zaman Melaka dahulu, Tanah Melayu ini pusat perdagangan, tentulah rakyatnya boleh bercakap pelbagai bahasa. Rasanya, eloklah kalau kita galakkan anak-anak kita belajar pelbagai bahasa.

Pada saya, bahasa ialah life skill. Kebolehan bercakap dan menulis di dalam bahasa lain adalah satu kelebihan. Boleh buka perniagaan menterjemah buku, boleh mohon kerja dengan kedutaan, boleh jadi perantara dan penterjemah dalam perniagaan dan banyak lagilah… tak terfikir olehku.

Baiklah, di sini saya akan menceritakan tentang satu laman web yang sudah lama saya jumpa dan cuba. Laman web ini mengajar bagaimana hendak berbahasa Mandarin. Walaupun laman web ini tidak dapat menggantikan guru bahasa, ia dapat juga membantu mempercepatkan proses pembelajaran.

Laman web tersebut boleh dilunsuri di: http://www.chinese-tools.com/learn/chinese

Sila rujuk ke laman web tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Segala maklumat dan teknik penggunaannya ada di laman web tersebut. CUMA, untuk belajar apa-apa sekalipun, sifat sabar adalah paling mustahak. Semoga berjaya.

Kepada anda yang sering berkunjung ke negara China untuk tujuan perniagaan atau melancong, gunakanlah laman web ini untuk memberikan sedikit asas berbahasa Mandarin. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: