Tempat Berfaedah Di Waktu Cuti Sekolah

 

Salam. Cuti sekolah kembali semula. Anak-anak akan berehat dari hadir ke sekolah dan banyak masa lapang untuk mereka. Jadi, apa perancangan anda?

Ada ibu bapa yang akan menghantar anak-anak mereka ke kem bina insan, ke kem sukan, ke nurseri dan ramai juga yang hanya duduk di rumah. Jadual waktu semasa cuti sudah disediakan dan terpulang kepada anak dan bibik di rumah untuk mengikutinya.

Ada juga yang mengambil kesempatan bercuti lama ke destinasi dalam dan luar negara. Hati-hati, sekarang musim tengkujuh. Yang naik flight tu tahan sikitlah dengan air pocket. Yang tak cukup budget pun jangan sampai berhabis. Nanti pocket full of air pulak.

Saya ada cadangan tentang lokasi yang anak-anak anda boleh kunjungi.

1. Perpustakaan Negara Malaysia dibuka Selasa sampai Ahad dari pukul 10 pg hingga 6 petang. Tempat pun tak jauh. Tepi Jalan Tun Razak. Laman webnya: http://www.pnm.gov.my/index.php?id=50

Sila klik tab kalendar aktiviti dan lihat aktiviti yang boleh disertai. Borang penyertaan juga terdapat di situ.

Untuk menjadi ahli, tiada bayaran dikenakan. Cuma bawa sijil kelahiran untuk mendaftarkan anak-anak. Kalau menjadi keahlian keluarga, kita boleh meminjam buku untuk ahli keluarga kita tanpa mereka perlu hadir.

OK. Apa yang ada di situ? Lihat senarai di bawah:

  • Hypermedia centre for children where the use of Information Technology and multimedia are used extensively.
  • Hypermedia centre for adults where 30 units of computer with multimedia and IT facilities that are provided for your use.
  • Beg Keeping Room
  • Free Carparks
  • Children’s Theater
  • Wheelchair Path
  • Canteen
  • Room
  • Research Room
  • Lifts

Jangan biarkan anak anda melangut di depan perpustakaan tv dan pc sepanjang cuti ini. Berilah anak-anak anda sesuatu yang boleh mereka hargai di masa hadapan. PERCUMA sahaja.

 

2. Selain itu, anak-anak anda juga boleh berkunjung ke perpustakaan awam DBKL berhampiran Dataran Merdeka.

Laman web DBKL: http://www.dbkl.gov.my

Waktu Perkhidmatan
Isnin
2:00 ptg hingga 6:45ptg
Selasa – Jumaat
9:30pg hingga 6:45ptg
Sabtu – Ahad
11.00pg hingga 5.00ptg

Perkhidmatan ditutup pada:
Sabtu dan Ahad ( minggu pertama )
Sabtu (minggu ketiga)
Cuti Umum

Sila rujuk laman web untuk senarai aktivitinya.

Ada tempat-tempat lain lagi seperti arkib negara, muzium kesenian islam, balai seni lukis negara. Tetapi, 2 tempat di atas adalah tempat yang paling sesuai dan boleh dikunjungi selalu. Pergilah ke sana beramai-ramai. Banyak faedahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: