Mencari Wang Lebih?

Salam. Dah pukul 2 pagi. Saya baru sahaja membuka laman web untuk mencari kerja-kerja separuh masa dan freelance. Nak tambah income bulanan. Saya rasa tak patut saya simpan seorang diri. Mesti dikongsikan juga kepada umum. Biar ramai yang mendapat faedahnya.

Laman web ini; http://asiaparttime.com/ menyediakan ruangan untuk majikan mencari pekerja freelance, part time dan full time. Banyak kategori pekerjaan yang disediakan. Ada bayaran yang lumayan dan ada yang biasa-biasa sahaja.

Kepada yang tidak mahu terikat dengan mana-mana syarikat, lebih baik pilih kerja yang berbentuk freelance atau temporary. Laman web ini amat sesuai untuk para pelajar yang sedang menuntut di kolej dan universiti untuk mencari wang lebih yang boleh menyara perbelanjaan. Selain itu, pengalaman yang ditimba boleh dijadikan rujukan sewaktu memohon pekerjaan. Saya rasa ramai graduan yang mengeluh bila majikan sering bertanyakan pengalaman sewaktu temuduga. Jadi, ambillah peluang ini dan timbalah seberapa banyak pengalaman yang boleh.

Kepada yang sedikit advance, anda boleh layari laman web ini; http://www.freelancer.com dan lihat kategori job yang ditawarkan.

Anda diingatkan! Ini bukan laman web yang menjanjikan kekayaan seperti laman web affiliate dan sama dengannya. Ini laman web yang tulin dan anda harus menghormati tempoh, skop kerja dan pelanggan anda. Reputasi anda bergantung dengan kebolehan anda menyiapkan tugasan mengikut arahan yang diberi.

Jadi, siapa cakap di internet tiada kerja yang tulin dan semuanya menipu. Cuba dulu baru tahu. Kalau anda dalam bidang advertising dan senireka grafik. Ada juga ruang lebih untuk anda. Sila lawati http://www.coroflot.com dan lihat ruangan design job board.

Cubalah dan jangan malu. Janji kerja itu halal dan mendatangkan faedah kepada kita semua. Selamat berjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: