Minat Sains & Teknologi? Adakah Anda Tahu…

Salam. Dunia internet memang luas dan cepat. Terlalu cepat sehingga tidak sempat membaca yang lama, sudah ada yang baru. Anyway, itu bukan titik tolaknya. Yang menjadi isu ialah apa yang anda cari di Internet…

Saya amat minat dengan sains dan teknologi. Dan saya bukan geek. Ia adalah sebahagian dari proses manusia memudahkan sesuatu yang sedia ada mudah. Contohnya, telefon dan pc. Dulu, telefon hanya telefon dan pc hanya pc. Sekarang pc dan telefon sudah bergabung.

Laman web tentang teknologi ini memang banyak. Tetapi ada beberapa laman web yang menarik minat saya.

1. Popular Science http://www.popsci.com/

Saya suka melanggan majalah (edisi dicetak di kertas) ini suatu ketika dahulu. Harganya agak mahal di Malaysia. Sekarang dengan internet, saya boleh membaca majalah ini walaupun tidak keseluruhannya. Banyak info dan berguna kepada mereka yang berhasrat menjadi inventor.

2. Discovery Channel http://dsc.discovery.com/

Seperti rancangannya di TV Astro. Tetapi dalam versi gambar dan teks. Boleh diulang-ulang baca dan sesekali mengetawakan kebodohan mat-mat saleh yang mencuba perkara-perkara yang tak perlu pun.

3.  Core 77 http://www.core77.com/

Laman web ini menarik minat saya pada kali pertama lagi saya melayarinya. Penuh dengan idea industrial design, kolej yang mengkhusus dalam bidang industrial design dan portfolio ahli-ahli. Sangat bagus kepada penuntut yang ingin terjun ke dalam bidang industrial design dan memilih kolej yang sesuai dengan anda.

4.  Winding Road http://www.windingroad.com/

Kepada peminat kereta, lihatlah model-model terbaru yang diperbuat dari plastik dan besi serta sedikit getah untuk tayar. Tak macam kereta zaman dulu (mcam kereta kebal). Klik pada link magazine dan anda dapat membaca sebuah majalah dalam bentuk sebenar di laman web tersebut. Itu kelebihan laman web ini.

5. NASA http://www.nasa.gov/

Ada ruangan khas untuk pelajar dan kanak-kanak. Jika anda berminat dengan bidang kajian angkasa lepas, bolehlah melayarinya dan amat sesuai sebagai pengetahuan am terutamanya kepada kanak-kanak.

6. Popular Mechanics http://www.popularmechanics.com/

Lebih kurang macam Popular Science tetapi ada lebih mendalam. Dulu saya suka membaca majalah ini bila hendak tidur. Baru muka surat 4-5, saya sudah terlelap sebab penuh dengan laporan hasil kajian, jurnal panjang lebar dan kurang gambar….

Banyak lagi laman-laman web yang berguna untuk kita. Jika tuan puan ada saranan, sila tinggalkan link di dalam comment. Saya cuba masukkan seberapa banyak di sini. Kita mesti berubah barulah internet juga kan ikut berubah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: