Hujan… Aktiviti Riadah Terhenti?

Salam. Saya sekarang berada di utara (Ipoh). Hari ini hujan sejak tengahari dan aktiviti riadah yang dicadangkan untuk dilaksanakan bersama keluarga telah terbantut. Saya biarkan anak-anak saya dahulu… nak lihat apa reaksi mereka. Hmm… anak-anak zaman sekarang kurang idea berbanding dulu-dulu. Mereka tertumpu ke kaca tv menonton kartun dan terbaring macam orang yang berada di atas katil wad hospital.

Teringat saya pada zaman saya masih kanak-kanak. Bila tiba musim hujan, kami masih ada banyak aktiviti. Kami ada papan congkak. Ada getah gelang yang banyak. Ada dam aji, ada chess, pistol plastik, gasing dan macam-macam lagi yang boleh didapati di sekitar rumah. Gasing dan permainan yang biasa dimainkan di luar memang terpaksa dilupakan seketika. Jadi kami beralih ke papan congkak, getah gelang, tudung botol, dam aji, chess dan beberapa jenis board games lagi.

Ada saya sebutkan TV tak? Tak ada kan?

Sekarang ini, berkurung di rumah bermain permainan video atau pc atau online adalah lebih banyak dari aktiviti luar. Situasi telah terbalik. Betul atau tidak?

Sebenarnya pada saya, apa-apa aktiviti yang hanya memberi input tanpa meminta kanak-kanak memberikan output adalah tidak sihat. TIDAK SIHAT!

Zaman kanak-kanak adalah zaman pembentukan sahsiah. Mereka perlu mencuba dan melakukan kesilapan untuk belajar membetulkan keadaan. Proses ini amat penting dan dari permainan yang memerlukan life skill yang perlu dipelajari dari keadaan tidak tahu dan membetulkan secara berperingkat sehingga mencapai kejayaan adalah penting untuk diimplementasi pada usia yang lebih tinggi. Mereka jadi lebih berani dan lebih bekerjasama. Mereka belajar erti kekalahan dan belajar menerimanya.

Jadi, jika tiba musim hujan dan anak-anak anda sudah semakin bosan berkurung. Ajar mereka untuk melupakan tv buat sementara waktu dan taburkan ‘lego’, papan dam, tudung botol dan bermacam lagi permainan tradisional yang anda ingat dan ajar mereka bagaimana hendak mencari keseronokan dari bahan-bahan tersebut. Lihatlah bagaimana mereka menjadi kreatif dan tidak lagi bergantung kepada perminan elektronik.

Semoga anak-anak anda lebih ceria di musin cuti dan anda juga lebih tenang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: