Barangan Halal (Lagi & lagi & lagi & lagi…)

Salam. Saya dapati ramai yang masuk ke blog saya untuk membaca perihal produk halal. Begini. Di Malaysia ini, hampir 80% barangan keperluan isi rumah telah dikilang, dibungkus dan diedar oleh orang bukan muslim. Maaf kalau statistik saya ini sudah lapuk dan tidak accurate. Tapi itulah realitinya. Dari beras hinggalah ke bahan makanan ringan, pengilangnya adalah terdiri dari syarikat yang dikuasai oleh bukan muslim.

Bukanlah saya hendak katakan barangan buatan bukan muslim itu tidak halal. Malah saya hendak tekankan di sini, terdapat juga bahan makanan yang disediakan oleh orang muslim juga tidak menepati syarat halalan toyyiba.

Saya sering mendengar tentangnya. Dan saya adalah muslim. Keadaan ini terjadi kerana tidak ramai orang muslim pada masa dahului yang berkehendak (kehendak tau, bukan keperluan) untuk membuka kilang makanan. Sekarang ini sudah ramai pengusaha muslim dan mereka berebut-rebut menyertai pameran produk seperti MIHAS, MAHA dan karnival-karnival di seluruh Malaysia.

TETAPI, di mana produk mereka yang banyak itu di kedai runcit, di TESCO, GIANT, COLD STORAGE? Saya tak berapa nampak dan tak berapa kenal. Maafkanlah saya.

SOALNYA, sampai bila muslim di Malaysia hendak disorongkan dengan makanan yang kemungkinan pengilang itu sendiri tidak mahu menelannya? Jika pengilang pun tahu barang yang dikilangkan olehnya itu tidak sihat, maka anda hendak menjamahnya juga ke? Halalan Toyyiban merangkumi semua aspek itu. Kalau keputusannya tidak elok, maka sijil halal tidak diberi. Ini tanggungjawab! Bukan suka-suka.

PENYELESAIANNYA, sebagai muslim, setiap dari kita mesti menjaga diri sendiri dan keluarga dari menggunakan bahan yang tidak halal. Selain itu, berusahalah memastikan setiap bahan dari sabun hingga tepung kek di dalam rumah kita adalah produk yang disahkan halal. Kepada yang mampu, jangan fikir untuk membuka perniagaan yang mencari kontrak jutaan ringgit! Bukalah kilang produk halal seperti tepung, gula-gula, jajan anak-anak, bahan asas masakan, kerepek-kerepek, mee, rempah ratus, roti dan apa sahaja yang terlintas. Jangan fikir orang lain sudah buat… sebenarnya lagi ramai lagi bagus. Umat Islam di seluruh dunia ini ada lebih kurang 1.6 billion. Setiap hari kita akan makan dan makan dan makan dan makan…. tak akan berhenti sehingga qiamat.

Kepada pengusaha restoran dan gerai, ingatlah, hukum halal itu bukan sahaja bersih dari najis, ia juga meliputi kawasan yang bersih dan kemas, mengelakkan makanan dari dihurung lalat (sebab yang selalu dihurung lalat itu ialah sampah atau bangkai), tandas yang bersih dan tidak meloyakan (serpihan najis bertaburan dan tidak dicuci, mangkuk tandas pecah, tiada pemegang flush dsb.). Anda peniaga yang dapat duit setiap hari dari pelanggan, gunakanlah sedikit duit untung anda untuk memperbaiki tandas dan mengupah pekerja melakukan pembersihan. Adakah anda suka makan sambil menghidu bau najis? Halal termasuk soal menjaga kesihatan. Halalkah suasana begitu?

Saya sudah memulakan langkah. Saya tolong menjual ayam az-zain yang sudah dijanjikan halalan toyyiba oleh pengilangnya. Siap dibersih dan dibekukan. Hubungi saya untuk keterangan lanjut atau lawat laman web azzain sendiri.

Baiklah, ramai yang tidak tahu di mana hendak mendapatkan barangan halal ini. Di pasaraya besar tak berjumpa, jadi kemanakah hendak dihalakan kenderaan ini untuk merayau mencari barangan halal dan keluaran muslim?

Jangan susah-susah, saya akan cuba muatkan link ke laman-laman web kedai halal, pasaraya halal, pengilang halal, pemborong halal dsb. Cuma mungkin secara berperingkat kerana proses mencarinya juga memakan masa. InsyaAllah, selepas ini, hati anak-anak kita akan lebih mudah dibentuk. Dapat menerima petunjuk dan tidak membiarkan diri mereka terjerumus ke dalam kancah bencana sosial yang melarat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: