Pasaraya Halal Di Sekitar Lembah KL

Salam. Mulai hari ini, di samping mencari bahan untuk anak-anak tuan puan, saya juga mencari seberapa banyak pasaraya, pasar mini dan kedai runcit yang diusahakan oleh orang muslim dan menjual produk yang diyakini halalan toyyiban. Oleh kerana saya sudah terpanggil untuk berusaha ke arah ini, maka sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan kepada tuan puan. Jika tidak, saya akan disoal di dalam kubur.

Baiklah, ada dua buah pasaraya yang mungkin sudah tuan puan tahu. Pasaraya ini membekalkan hanya barangan yang halalan toyyiban dan diyakini bersih.

1. Pasaraya Metamorf: http://www.metamorf.com.my

 

Pasaraya ini terletak di Pantai Dalam. Berhadapan Stesen Komuter (KTM) Pantai Dalam. Sila rujuk laman web pasaraya ini untuk lokasi dan peta. Atau, klik gambar di atas untuk membesarkannya. Dibuka dari 7.30 pg hingga 8.00 mlm.

2. Pasaraya Pak Aji: http://www.shamensi.com.my/pak_aji/

 

Pasaraya Pak Aji ini terletak di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Untuk lokasi tepat, sila rujuk ke laman web mereka. InsyaAllah mudah untuk dicari dan berbaloi berbelanja. Kalau tak silap saya, ia dibuka 24 jam.

3. HPA Halal Mart: http://www.hpa.com.my/hpaic/?cat=92

Ada satu HPA Halal Mart berdekatan KL iaitu di The Mines. Sila rujuk laman web untuk alamat yang tepat.

4. Kedai Az-Zain: http://www.azzain.com/index.php?option=com_content&view=section&layout=blog&id=17&Itemid=30

Kemungkinan ada perubahan di beberapa lokasi. Sila hubungi nombor telefon tertera untuk makluman lanjut. (Manalah tahu, ada yang pindah). Lawat laman web untuk maklumat lanjut dan produk yang disediakan.

5. HalalMall: http://www.halalmall.net/

Kedai HalalMall ini terletak di Pusat Bandar Melawati, Taman Melawati, Ulu Klang. Dibuka dari pukul 9 pagi hingga 9 malam.

Itu sahaja buat setakat ini. Saya akan mencari pula mengikut kawasan dan negeri. InsyaAllah, jika dapat semua, saya akan buat satu direktori untuk panduan semua muslimin muslimat.

Hmmm…. sekarang saya nak cerita sikit tentang nafsu malas. Bila kita lihat kedai-kedai di atas dan lokasi kita tinggal agak jauh nak pegi… perasaan malas dah mula bertapak. Buat apa nak pegi kedai tu, beli kat kedai kat rumah pun boleh. Betul tu… bukannya di kedai dekat rumah kita tu jual barangan tak halal… yang was-was tu adala… lagipun tuan kedai orang melayu apa…

Maafkan saya kalau bikin tuan puan berasa tak puas hati. Soalnya sekarang ini bukan nak tutup kedai orang lain atau nak paksa tuan puan pergi ke kedai tersebut. Tujuan saya ialah untuk memberi maklumat bahawa tuan puan punya pilihan. Nak cari yang baik atau yang lebih baik? Nak yang dikilang oleh Mr./Mrs. atau Saudara/Saudari? Nak disembelih oleh yang kita tak tahu siapa langsung dan dikatakan halal atau tak tahu siapa tapi muslim dan halal? Pilihan terletak di tangan anda.

Kalau rasa jauh, cuba fikirkan. Pernahkah kita ke IKEA, TESCO, GIANT, MID VALLEY, ONE UTAMA, KLCC? Jauh ke atau tak jauh dari rumah anda? Boleh sampaikan? Fikirkanlah.

1 Comment (+add yours?)

  1. ramlah rasiman
    Apr 02, 2013 @ 07:53:45

    Salam. Saya sangat berbangga dan berterima kasih di atas usaha-usaha tuan untuk menjejaki dan seterusnya membuat direktori kedai-kedai halalmat di Semenanjung ini. Usaha ini sudah pasti akan memberi manfaat kepada semua umat Islam di Malaysia. Semuga Allah memberkati dan membalas di atas usaha murni tuan, Amin…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: