Bacalah Adik-Adikku.

Salam. Saya ingin memulakan blog kali ini dengan pertanyaan. Sudahkah anda membaca? Adakah anda faham apa yang anda baca? Adakah anda praktikkan apa yang anda baca? Percayakah dengan apa yang anda baca? Berubahkah anda dengan maklumat bacaaan anda? Adakah anda menjadi manusia yang lebih berguna dari sebelum anda membaca?

Baiklah… saya tidak sebut membaca apa. Buku boleh, majalah boleh, malah papantanda juga boleh. Adakah anda perasan perubahan kelakuan anda sebaik anda menerima maklumat? Bila membaca papantanda “Dilarang masuk”, anda berhenti di pintu. Pertanyaan mula muncul tentang apa yang ada di sebalik pintu itu. Keputusan di tangan anda. Anda memulas tombol pintu dan membukanya. Jantung derdegup kuat kerana pertamanya anda melanggar peraturan dan keduanya kerana terlalu teruja untuk mengetahui apa yang ada di sebalik pintu.

Bila dibuka, hanya longgokan kertas akhbar lama yang sedang diasingkan beritanya mengikut kategori untuk tujuan arkib. Perasaan anda yang teruja tadi terus padam. Anda mentup pintu dengan perasaan bingung tetapi masih resah kerana melanggar peraturan. Kamera cctv merakam aksi anda dan dipanggil menghadap pihak yang lebih berkuasa. Hukuman dikenakan dan sekarang anda ditugaskan pula untuk mengasingkan akhbar yang berada di dalam bilik yang anda jenguk tadi.

Senario di atas adalah keadaan masyarakat sekarang ini. Banyak tanda seruan di dalam kempen-kempen sosial oleh pelbagai pihak. Tanda seruan bermakna serius, beri perhatian, awas dan sebagainya. Tapi, ramai anak-anak muda yang tak faham apa yang mereka baca. Kempen Menghentikan Pembuangan Bayi, Kempen Berhenti Merokok, Kempen Pemanduan Selamat, Kempen Anti Dadah dan macam-macam kempen lagi tidak akan bermakna jika hanya dibaca dan peraturannya tetap dilanggar.

Baca, faham, iltizam dan dipraktikkan. Barulah ada kesan. Ada tindakan dan ada tindak balas. Tugas siapakah itu? Tugas setiap individu yang berakal dan berfikir. Siapakah mereka itu? MANUSIA. Ya, makhluk yang tak mahu dipanggil haiwan atau tumbuhan atau batu batan dan lain-lain. Hina tak manusia yang tak mahu mengambil iktibar dan membetulkan jalan dengan maklumat yang diterima? Haiwan tetap dengan sifatnya sejak azali. Tak ada evolusi di dalam pemikiran haiwan. Pokok juga begitu, batu batan juga begitu. Yang berubah hanya manusia. Jika berubah menjadi tidak baik, maka manusia itu tidak faham dengan maklumat yang diterima, hinalah dia lebih dari haiwan. Ada tak arahan-arahan yang disediakan oleh manusia dengan tujuan menjahanamkan manusia juga? Ada? Tak ada?

Jawapannya fikirkan sendiri. Anda juga membaca seperti saya. Bila anda faham dengan apa yang anda baca, berazamlah untuk melakukan tindakan yang wajar. Dan lakukannya tanpa ragu-ragu. Tidak ada manusia yang suka berfikir untuk keburukan. Manusia sentiasa berfikir untuk kebaikan diri sendiri walaupun yang difikirkan itu amat jahat kepada pihak lain.

Baiklah, cukuplah saya berkias, anda juga pembaca seperti saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: