Ada Panduan Tapi Tak Mahu Ikut

Salam. Baru tadi saya membaca berita tentang seorang ayah yang memotong kemaluan anak lelakinya yang berusia 4 tahun di Senawang. Saya tersentak seketika. Saya juga ada seorang anak lelaki hampir sebaya. Berderau darah saya membaca berita tersebut.

Orang utan pun tahu sayang anak. Macam mana manusia yang ada akal fikiran, cerdik pandai dalam banyak hal, boleh bertindak sezalim begitu. Zaman sekarang ini, ramai yang mengandaikan manusia yang bertindak di luar batasan ini telah dirasuk hantu, jin, jembalang dan sebagainya.

Jika benar telah dirasuk, persoalan pertama ialah apakah keadaan individu itu sehingga tidak dapat menahan rasukan tersebut? Adakah dia seorang yang taat perintah Allah swt.? Adakah dia seorang yang dihormati? Adakah dia seorang yang tenang dan aman? Adakah dia redha menjadi makhluk ciptaan dan hamba di muka bumi ini? Adakah dia sedar atau tidak yang dirinya itu dipanggil manusia?

PDRM telah mentafsirkan kes keganasan rumahtangga seperti tertera pada Seksyen 2 Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (akta 521) http://www.polistrg.gov.my seperti berikut:

Maksud Keganasan Rumahtangga

Keganasan rumahtangga mengikut tafsiran Seksyen 2 Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (akta 521) adalah pelakuan mana-mana perbuatan yang berikut :-

  • Secara bersenjata atau dengan disedarinya meletakkan, atau cuba meletakkan mangsa itu dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal;
  • Menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa itu dengan sesuatu perbuatan yang diketahui atau yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan fizikal;
  • Memaksa mangsa itu dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan berbentuk seksual ataupun selainnya, yang mangsa itu berhak tidak melakukan;
  • Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa itu; atau
  • Melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa itu oleh seseorang terhadap :
    • Bekas isteri atau suaminya;
    • Kanak-Kanak;
    • Orang dewasa tidak berkeupayaan; atau
    • Mana-mana anggota lain keluarga

Sila baca lagi dari laman web Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat: http://www.kpwkm.gov.my/new_index.php?page=faq_content&code=3&faqtitleID=4&lang=malay

Saya tahu ramai pihak yang cuba berbuat sesuatu untuk menangani masalah seperti yang telah berlaku di atas.  Tetapi, adakah kita mahu ada orang lain duduk di rumah kita atau memasang cctv untuk memantau kita siang dan malam, baru kita mahu menjadi tenang, aman dan bahagia?

Adakah kita sedar Allah swt tidak pernah terlepas pandang apa jua yang kita lakukan walaupun sedetik? Allah swt melihat segalanya tidak kira kaum apa pun kita, di mana kita tinggal, berapa kaya kewangan kita, apa kepercayaan kita, jahat atau baik kelakuan kita… malah apa jua yang boleh difikirkan sehingga meletup otak sekalipun, Allah swt masih mengetahui malah lebih tahu dari itu.

Baiklah, setiap masalah mesti ada penyelesaian. Apakah penyelesaian terbaik? Bolehkah keganasan seperti ini dihentikan secara ‘abrupt’ atau secara tiba-tiba? Apa langkah jangkamasa panjang untuk mendapatkan generasi yang aman makmur dan gilang gemilang? Tiada masalah ‘so siiiialll!!!’ dan dapat menjauhi bala dari Allah swt?

Jawapannya ada di hadapan tuan puan. Jawapan yang wajib dihafal dan difahami di dada-dada umat manusia. Al Quran dan Sunnah. Adakah tuan puan tahu apa yang Nabi Muhammad saw beritahu kepada seluruh sahabatnya apabila baginda hampir wafat? Nabi memberitahu bahawa baginda meninggalkan dua wasiat yang jika diikut keseluruhannya, nescaya tidak akan terpesong dari landasan yang lurus, keamanan, ketenangan, kejayaan, masyarakat madani dan sebagainya ungkapan yang menarik untuk menggambarkan suasana yang amat ideal.

Al Quran dan Sunnah.

Pada hemat saya, tukar diri sendiri daripada tak memahami terjemahan Al Quran kepada memahami dan menyakini kandungannya. Belajar dan belajar dan terus belajar isi Al Quran dan Sunnah. Rasulullah saw berjaya membangunkan negara Madinah dengan berlandaskan Al Quran dan Sunnah. Aman, tenteram, maju, bersistem, bertamadun, rakayat yang bergelar rakyat madani. Tidak berpecah belah.

Bangunkan diri kita, keluarga kita, jiran-jiran kita dengan sistem Al Quran dan Sunnah. Nescaya terhenti segala bala dan masalah ‘ so siallll’ ini. Allah Maha Mengetahui. Kita hamba Allah. Ikutlah kepada Yang Tahu. Nak buat apa ikut kepada yang buat-buat tahu…. inilah punca diri kita terjerumus ke masalah.

Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: