Sport Shopping Complex

Salam. Malam ini saya ingin kongsikan satu idea yang dah lama terpendam di sudut otak. Saya pernah berangan-angan untuk membina sebuah kompleks membeli-belah dengan konsep sukan. Dari pintu masuk, setiap tingkat hinggalah ke kawasan lanskap, penuh dengan gelanggang dan arena untuk pelbagai jenis sukan.

Saya pernah melukis lakaran impresi kompleks ini tetapi saya tak mahu kongsikan yang itu. Saya hanya akan ceritakan dalam bentuk ayat.

Kompleks ini terletak di tengah bandar (tak kira bandar mana) dan dihubungkan dengan prasarana pengangkutan awam yang total efisien sehingga pengunjung tidak perlu langsung memandu ke sana kecuali kenderaan untuk membawa peralatan sukan.

Sekitar kawasan ini dikelilingi dengan trek basikal, trek basikal gunung, trek dirt bike, trek jogging dan riadah. Ada juga beberapa gelanggang seperti paintball, layang-layang, payung terjun, gelanggang macam army camp dll.

Dalam bangunan pula, di bahagian concourse, ada rock climbing arena sampai bumbung. Ground floor ada food court ala sport cafe. Semua makanan ada label kalori. Di selang seli dengan kedai menjual peralatan sukan, klinik yang luas, bilik persalinan yang bersih dan ruang simpanan yang selamat.

Aras 1 pula ada gelanggang sukan untuk semua. Ada playroom, ada wading pool, kelas-kelas seni mempertahankan diri, cafe, kedai peralatan sukan, gelanggang bolasepak, baseball, basketball, badminton, squash, inline skating, ice skating dan etc. Semua pengunjung dari pelbagai usia boleh mendaftar dan menyertai apa jua sukan pilihan mereka. Ada staf terlatih akan memberi klinik sukan dan pakar-pakar terapi sukan akan sentiasa meronda.

Aras-aras lain juga mengikut konsep sukan termasuk sukan ekstrem. Sistem pengudaraan di dalam kompleks ini adalah antara yang terbaik untuk mengelakkan jangkitan kuman dan wabak serta cekap mengitar udara terpakai.

Oooookkkaayy… cukup setakat itu. Yang lain anda imaginasikan sendiri. Jika ada di antara pembaca merupakan hartawan hartanah, boleh juga cedok idea ini untuk hartanah anda yang baru. Selamat berusaha.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: