Antara Lokasi Makanan Sedap di Ipoh

Salam. Isteri saya orang Ipoh. Bila pulang ke Ipoh, isteri saya suka berkunjug ke gerai, restoran yang dia suka. Memang bagus pilihan dia.

Biasanya bila sampai sahaja, kami berkunjung ke gerai (gerai dalam kawasan rumah corner lot) menjual pisang goreng berhampiran lapangan terbang Ipoh. Berdekatan dengan Kompleks Megoplex dan Stesen Bas baru Ipoh. Lorong Tingkat Seri Rapat 8.

Kakak ini menjual pisang goreng yang istimewa. Tepung gorengnya special sebab walaupun sudah sejuk, ia tetap rangup. Tak lembik dan liat. Lokasinya adalah seperti di bawah. Masuk Jalan Lapangan Terbang. Jalan terus ke kawasan perumahan sebelum lapangan terbang. Rumah korner lot. Gerai kakak tu ada dalam kawasan rumah dia. Ada hari dia tak berniaga. Tak ingat hari apa.

Kalau nak sarapan pagi, kami pegi ke restoran (nama restoran tu lupa pulak) di Taman Canning. Kakak ni dulu berniaga kat Stesen Keretapi Stadium kalau tak silap. Cubalah lontong dan char kuey teow dia. Shokkalinnggammmm! Kawasan ini kawasan ramai penduduk berketurunan Cina, tapi kakak ni berani betul buka restoran kat sini dan pengunjung setia dia pun ramai.

Ini lokasi dia (yang bertanda B). Masuk ikut simpang kat Pantai Puteri Ipoh menuju ke Pusat Bandaraya. Ada satu simpang ke kanan ke Taman Canning. Ikut jalan tu sampai nak penghujung, ada shoplots banyak. Carilah kat situ. Ahad restoran ini tutup.

Restoran Nasi Kandar Lambai-Lambai kat tengah Bandar Ipoh. Kau-kau betul. Restoran ini restoran Cina tetapi tokey hanya buat air sahaja. Makanan, ada mamak yang jual. Gila berempah. Ini lokasinya:

Parking susah sikit tapi berbaloi-baloi. Cubalah. Ada banyak lagi tapi saya sendiri pun kadang-kadang sesat kat Ipoh ni. Yang penting, halal dan sedap.

10 Comments (+add yours?)

  1. Khairul
    Dec 05, 2011 @ 23:55:47

    Salam,
    Makanan yang sedap kat Ipoh dan nama kedai serta nama jalan. Saya nak ke Ipoh

    Reply

    • dholtuku
      Dec 06, 2011 @ 07:06:28

      Restoran Tamin dekat super kinta. Mee rebus ramli dekat pekan lama ipoh, Restoran Terimba kat Belakang Burger king medan gopeng, waritha tomyam kat simpang pulai, nasi kandar lambai lambai kat masuk pekan ipoh, dkt hotel excelsior. goreng pisang best in ipoh, tengok map dlm blog, jln gi airport. Baaaaaaaaannnnnyyyyyaaaakkk lagi…. tapi lupa kat ne… temasuk le nasi ayam best dkt pekan ipoh.

      Reply

  2. sazlinda
    Feb 15, 2012 @ 11:56:49

    sarapan pagi kat ipoh datang kat medan selera stadium no 64 ada macam-macam

    Reply

  3. Papa-NtiQ
    Apr 24, 2012 @ 13:40:16

    wow informasi menarik. Isteri saya pun orang Ipoh dan bila balik tu saya tak tahu mana tempat2 makan best kat sini…biase gi makan kat sebelah stadium je yg femes tu. Nanti tempat2 yang di sebut disini.
    nanti jangan lupa ye singgah blog saya kat http://www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan2 jugak..dan follow yer TQ TQ TQ

    Reply

  4. ipoh-guy
    Aug 06, 2012 @ 08:40:23

    makanan kt ipoh tk sedap pun. dah cuba semua.. serius.. bkn ckp berlapik tp ckp jujur dr hati yg tulus.

    Reply

  5. Super Nutrient Essence Secret of Seabuckthorn
    Dec 09, 2012 @ 05:54:08

    Terima kasih atas inforsi tuan yang sangat bagus. Saya tinggal di Kuala Lumpur dan kebetulan dalam perjalqnan ke Ipoh.

    Boleh saya berkongsi sedikit mengenai anak2. Di musim hujan begini ramai di kalangan anak2 kita mudah diserang asma. Biasanya kita akan membawa anak kit ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Biasanya anak2 ini akan diserang kembali tanpa mengira waktu.

    Saya ingin mencadangkan alternatif lain kepada anak2 ini dengan mengambil SNE Kapsul yg diperbuat daripada buah Seabuckthorn.. Ramai dikalangan qnqk2 seperti ini yang sudah pulih sepenuhnya walaupun harganya agak tinggi sedikit tapi yang penting adalah kesihatan anak kit.

    Sila lawati blog saya untuk maklumat lanjut http://www.snesihatcantik.blogspot.com. Selamat mencuba

    Reply

  6. Mohd Hariri Abdul Rani
    Feb 22, 2013 @ 16:53:22

    ipoh-guy, ikut tekak masing-masing. Macam saya, memang dibesarkan di Ipoh & hampir 40 thn tinggalkn Ipoh . Sesekali balik ke Ipoh pasti cari makanan yg kita biasa makan dulu. Biasalah …… ada yg suka ada yg tidak

    Reply

  7. noorliani
    Jun 06, 2013 @ 14:06:03

    sebenarnya byk lagi tempat makan menarik kat ipoh . anyway tq so much ..manyak bantu oo. wa olang ipoh mali pun tak tau manyak ooo.wa olang ipoh ..

    Reply

  8. fadzly
    Oct 14, 2013 @ 12:34:45

    As-salam….
    Saya klu balik ipoh mesti takkan lepaskan peluang makan nasi kandar sebelah flat, mee kicap sebelah restoran tamin, nasi ayam fauziah….fuhhhhh x boleh lupe la bro….

    Reply

  9. dholtuku
    Jan 13, 2014 @ 04:50:51

    Terima kasih semua di atas komen anda. Saya pun semakin sukar utk pulang ke ipoh. Bila dpt balik, kalo bole, nak makan masakan ibu mertua. Tapi, kita pun faham. Kerja memasak ni penat. Saya tau sbb saya pun memasak juga. Jadi, warung, gerai dan restoran jadi pilihanlah. Kalo baru sampai ipoh dan lalu medan gopeng, kat dlm medan gopeng shopping complex tu ada food court. Nasi campur dll. Ok juga le.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: