Nak Makan Di Ipoh, Kat Mana Ya?

Salam. Saya rasa ramai yang tahu kat mana nak sarapan, makan tengahari, makan malam yang best di Bandaraya Ipoh. Kalau ada, tambah je kat ruangan komen. Oh ya, ada beberapa lokasi lagi yang biasa saya pergi bila pulang ke rumah keluarga isteri di Ipoh.

Restoran Terimba di Gunung Rapat, dekat dengan McD dan Burger King. Dekat juga dengan stesen bas. Restoran ini biasanya menyediakan buffet tengahari. Lauk pauknya ok juga. Ada pecal yang jadi kegemaran isteri saya. Kawasan ini juga ada Old Town Cafe, KFC, Ayamas dan Pasar Malam (Tak ingat hari apa).

Kalau nak sarapan pagi, dekat area ni ada gerai arwah bapa kepada penyanyi Jamal Abdillah. Nasi lemak bungkusnya sedap. Kuih muih yang dijual kat area ni siap dipotong dan dibungkus. Gerainya di sebelah dewan orang ramai. Gerai ini terlindung dari jalan besar (Jln. Raja Musa Mahadi). Ada sederet kedai di sebelah kanan kalau datang dari Jln. Raja Nazrin Shah dan masuk ke Jln Raja Musa Mahadi. Kedai itu terletak sebelum lampu isyarat. Belakang kedai tersebut ada balai raya dan bekas bangunan Kolej Teknologi Perak. Ada sederet gerai. Di situlah tempatnya.

Hm… banyak lagi tempat best seperti di stadium dsbgnya. Gunalah gps jika ada dan tengok point of interest kat kawasan tersebut. Kalau ke lost world, banyak restoran juga di situ. Bak kata orang, di mana bumi dipijak, di situ ada mamak. hehehe. Selamat mencari. Saya bukan anak jati Ipoh, jadi tak banyak yang saya tau. Kalau ada yang mahu menokok tambah, silalah. Terima kasih.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: