Anda Minat Kaligrafi?


Adik-adik dan ibu bapa apa khabar? Mahukah anda menambah life skill anda selain dari belajar memasak dan menjahit? Sudah ramai usahawan Melayu terbit dari bidang makanan dan fabrik. Apa kata tambah satu lagi iaitu seni khat.

Saya maklum, ramai yang tahu tentang seni khat terutama lepasan sekolah agama Islam, sekolah kebangsaan agama Islam dan sekolah agama rakyat. Dari semua pelajar di situ, berapa ramaikah yang benar-benar menjadikan kaligrafi jawi dan arab sebagai kerjaya? Bahasa jawi sebenarnya unik dan digunakan di seluruh nusantara. Bahasa Arab pula, seluruh dunia. Mimbar masjid, hiasan masjid, kad undangan perkahwinan, kalau di Terengganu dan Kelantan, papantanda juga mesti ada ejaan jawi.

Elok juga kalau kita ramai-ramai terjun ke bidang ini. Bukan setakat menghidupkan semula budaya kita tetapi menjadikan ia UNSUR Melayu yang bila disebut Melayu sahaja… gambaran tentang kaligrafi juga sudah muncul sama.

Saya sebenarnya sudah lama mengikuti perkembangan hamba Allah sorang ini. Nama samarannya AWANG PURBA. Nama betul tak tahu, jumpa pun tak juga. Nak tahu betapa cantik hasil kerja beliau, sila lawati blog beliau: http://www.awangpurba.blogspot.com/

Rasanya, En. Awang ini menerima tempahan untuk membuat kaligrafi nama pasangan yang ingin berkahwin dan logo-logo kedai. Silalah ke sana dan berurusan dengan beliau. Semoga Awang Purba dipanjangkan umur dan dapat menurunkan ilmu beliau kepada masyarakat. (Pakat-pakat buat kelas, panggil dia jadi mentor…he he he)

Nak tahu jika orang kita sudah melupakan khat, senang aje. Tengok kepada jumlah peserta berdaftar pada laman forum e-Jawi. http://senikhat.ejawi.net/forum/index.php

Sejak tahun 2006 hingga sekarang, hanya ada 640 orang ahli berdaftar. Bukankah itu bilangan yang sangat sedikit berbanding jumlah orang Melayu dan Islam di Malaysia. Saya tak hairan jika anak-anak kita termenung memikirkan jawapan jika ada pelancong bertanyakan apakah budaya orang Melayu yang menarik… orang kita sendiri tak mahu dengan budaya kita sendiri. Ini budaya yang tidak melanggar syariat. Tak sembah-sembah patung tau.

Apa-apa pun… jika tidak kita mulakan sekarang, entah bila akan bermula dan entah esok atau lusa, jawi akan hapus terus. Apa kata tuan puan adik kakak. Boleh kita mula semula?

Untuk belajar, anda boleh layari laman web: http://diwanikraf.com/about/

Tanyakan soalan anda kepada En. Abd Baki Abu Bakar. InsyaAllah anda boleh memulakan karier di dalam bidang kaligrafi ini.

Saya juga ada seorang rakan yang bekerja dengan Yayasan Restu di Shah Alam. Yayasan ini memelihara Al Quran dan sentiasa memperelokkan seni rekanya. Mungkin ramai yang tahu dan mungkin juga tidak, Yayasan Restu sering menganjurkan pelbagai aktiviti yang boleh anda sertai.

Ada juga kelas-kelas untuk anak-anak. Sila tekan link ‘kids’ dan lihat aktiviti serta blog mereka.

Sila lawati laman web, http://www.restu-art.com/

Lawati blog ini juga: http://restukids.blogspot.com/

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.